IMR Homes

Kontraktor Reka Dan Bina Banglo

IMR HOMES menawarkan PAKEJ ZERO DEPOSIT bina Banglo Secara TUNAI dengan urusan yang Mudah, Cepat Dan Selamat

IMR HOMES membantu pelanggan membina Banglo kediaman yang cantik dan selesa untuk keluarga atas tanah sendiri secara Tunai atau secara Pinjaman LPPSA dari Idea hingga serah kunci.

Misi Kami

IMR HOMES ingin membantu pelanggan kami membina rumah kediaman yang cantik dan selesa untuk keluarga atas TANAH SENDIRI secara TUNAI atau PINJAMAN LPPSA dari IDEA hingga SERAH KUNCI. IMR HOMES sangat komited dan akan memberikan servis yang terbaik untuk pelanggan kami.

1
Zero Deposit
1
Tahun Pengalaman
1
Siap dibina

Kenali Pengasas IMR Homes

IMR HOMES diasaskan oleh Tuan Ab Rahim Omar yang telah berkecimpung dalam bidang pembinaan lebih 20 tahun. Pernah bekerja dengan beberapa kontraktor dan pemaju hartanah yang terkenal di Lembah Klang.

Terlibat dalam pembinaan projek perumahan dan apartmen di Lembah Klang. Beliau pernah menerima pengiktirafan dari projek yang beliau uruskan iaitu pemaju hartanah terkenal SP Setia. 

Kepakaran Kami

REKA DAN KONSULTANSI

IMR Homes mempunyai perunding yang cekap yang akan berhubung dengan pelanggan, kami dapatkan maklumat dan keperluan pelanggan, seterusnya akan aturkan perjumpaan dengan pelanggan untuk kami akan berikan khidmat konsultansi proses, rekabentuk, teknikal dan kemukaan pelan kepada pihak berkuasa tempatan (pinjaman dan keperluan). Seterusnya kami akan reka banglo secara berperingkat sehingga pelanggan berpuashati.

PEMBINAAN BANGLO

IMR Homes berpengalaman dalam pembinaan banglo dari asas hingga siap. Kami mempunyai tenaga kerja yang mahir dan pembekal yang komited dalam memberikan servis yang terbaik.Setiap peringkat kerja kami akan maklumkan kemajuan kerja kepada pelanggan.

Kelebihan IMR Homes

✅ Syarikat Pembinaan Berdaftar SSM dan CIDB

✅ Pengurusan Profesional berpengalaman lebih 18 tahun dari pemaju dan kontraktor terkenal

✅ Tim kami lengkap dengan Akitek/Pelukis pelan, perunding, Peguam, pekerja mahir dan pembekal

✅ Kami beri penjelasan Proses dan Teknikal sebelum pembinaan

✅ Jangka masa pembinaan yang cepat

✅ Telus spesifikasi bahan yang digunakan

✅ Tiada kos tersembunyi

✅ Penerangan perancangan kerja dari Design, pembinaan hingga serah kunci

✅ Pemantauan kemajuan kerja dan info kemajuan kepada pelanggan

✅ Kami sediakan Perjanjian Kontrak

✅ Jaminan Pembaikan Kecacatan

Previous
Next

Sebahagian Dari Projek IMR Homes

Click butang untuk melihat senarai penuh projek projek IMR Homes

Pakej Banglo IMR Homes

Pilih mana mana pakej yang bersesuaian dengan anda. Kami pentingkan kualiti dan akan memastikan tahap kepuasan anda di tahap maksima,tidak kira berapapun bajet anda. Silakan click pada gambar di bawah untuk info lanjut setiap pakej

Bina Rumah Secara Tunai

IMR HOMES menawarkan PAKEJ ZERO DEPOSIT bina Banglo Secara TUNAI dengan urusan yang Mudah, Cepat Dan Selamat

Bina Rumah Secara Pinjaman LPPSA

IMR HOMES menawarkan PAKEJ RM 15K SAHAJA bina Banglo Secara Pinjaman LPPSA dengan urusan yang Mudah, Cepat Dan Selamat
Berminat Nak Kami Bantu Bina Rumah Banglo Anda?

Kami Bina 10 buah Banglo sahaja setahun kerana kami amat komited untuk menjaga hasil kerja kami.

Jadi JANGAN BERLENGAH untuk Tempah Slot anda Sekarang!

Isi Borang Sekarang

Hubungi Kami 

Anda boleh bertanya apa saja soalan berkaitan bina rumah dan IMR Homes.
Kami sedia membantu anda 

Hubungi Kami di HOTLINE 018-2434811

Soalan yang Sering Ditanya

Rekabentuk dari asas hingga siap perincian mengambil masa anggaran 1 bulan ke 2 bulan bergantung komen pelanggan. ‘Submission’ ke OSC hingga dapat kelulusan PBT / Majlis anggaran 2 bulan hingga ke 4. Tempoh keseluruhan anggaran 3 bulan ke 6 bulan. Walaubagaimanapun ianya bergantung kepada PBT / Majlis

Kos bergantung kepada Rekabentuk, keluasan, jenis rumah dan syarat majlis tempatan. Anggaran Kos dari RM 27K untuk rumah setingkat.

Kos telah dijelaskan di dalam harga dan spesifikasi. Untuk lebih terperinci kos bergantung kepada Rekabentuk banglo setingkat atau 2 tingkat dan jenis bumbung serta kemasan, Jenis asas iaitu cerucuk atau ‘footing’, lokasi iaitu jauh dari jalan utama, spesifikasi tambahan oleh pelanggan dan harga pasaran semasa iaitu harga bahan binaan dan gaji pekerja.

Tempoh masa pembinaan banglo setingkat dan 2 tingkat adalah berbeza kerana proses dan aturan kerja adalah berbeza. Jangka masa pembinaan untuk kerja asas dan kerja kemasan yang mengambil masa agak panjang. Jangkaan tempoh pembinaan banglo setingkat adalah sekitar 6 ke 10 bulan bergantung kepada saiz rumah.

Ya, kami adalah Kontraktor Reka dan Bina Banglo. Kami bantu dengan kepakaran dan team kami dari idea, design hingga siap. Anda hanya perlu beri tahu kami keperluan rumah, saiz tanah, lawatan tapak dan bajet anda. Kami akan sediakan spesifikasi, sebutharga dan perjanjian. Seterusnya kami uruskan sampai siap.

Buat masa ini kami hanya beroperasi di Selangor dan Negeri Sembilan. Walaubagaimana pun hanya sebahagian Selangor dan Negeri Sembilan sahaja yang kami tumpu buat masa ini.