Anda Nak Bina Banglo Atas Tanah Sendiri Secara Tunai?

IMR HOMES menawarkan PAKEJ ZERO DEPOSIT bina Banglo Secara TUNAI dengan urusan yang Mudah, Cepat Dan Selamat

Kontraktor Yang Dipercayai

IMR Homes merupakan kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dan juga SSM yang beroperasi di Selangor dan Negeri Sembilan

Ab Rahim Omar,Pengasas IMR Homes

IMR HOMES adalah Kontraktor Bina Banglo Secara Reka dan Bina di Selangor dan Negeri Sembilan. Kami membantu pelanggan yang ingin bina rumah secara TUNAI atau PINJAMAN melalui Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA) untuk Kakitangan Awam yang layak.

IMR HOMES membantu pelanggan membina Banglo kediaman yang cantik dan selesa untuk keluarga atas tanah sendiri secara Tunai atau secara Pinjaman LPPSA dari Idea hingga serah kunci. IMR HOMES sangat komited dan akan memberikan servis yang terbaik untuk pelanggan.

Kelebihan Bina Banglo Dengan IMR Homes

Kami mempunyai Tim Arkitek, Pelukis Pelan, Perunding Struktur dan Sivil, Peguam, Pekerja dan Pembekal yang komited

Kami berikan penjelasan Proses, Teknikal dan gambaran sebelum mula kerja hingga siap.
Kami buat lawatan tapak dan bincang dengan pelanggan

Tempoh pembinaan yang cepat

Kami telus spesifikasi yang digunakan
Kami sediakan Perjanjian Kontrak Dan Jaminan Pembaikan Kecacatan

PAKEJ ZERO DEPOSIT

Khas untuk pelanggan bayaran tunai sahaja

Idea Pakej Zero Deposit tercetus dari banyak rungutan orang yang  yang telah terkena dengan Kontraktor atau Tukang yang terima wang deposit, lepas itu hilang dan rumah tak siap.

Pertama Di Selangor & Negeri Sembilan

Tiada bayaran akan diambil dari proses Idea, lawatan tapak, konsultansi, design dan perjanjian kontrak dimeterai. Bayaran akan diambil secara progres mengikut Jadual Bayaran.

Pakej ini pertama seumpamanya di Selangor dan Negeri Sembilan.

TERMA DAN SYARAT

☑ Bina Banglo atas tanah sendiri TANPA SUBMISSION ke PBT

☑ Keluasan binaan minima 1400kps

☑ Harga bergantung kepada Rekabentuk, Lokasi dan Harga pasaran bahan binaan.

☑ Lokasi pembinaan hanya di Selangor dan Negeri Sembilan (Tertakluk kawasan)

☑ Tertakluk kepada spesifikasi standard IMR Homes

☑ Harga dari RM 150 skp (setingkat)

Projek Yang Telah Siap

Banglo Puan Rosenani

“Kontraktor yang boleh dipercayai” – Puan Rosenani

Banglo Setingkat Puan Roslina

“Kontraktor senang berkomunikasi dan bertanggungjawab” – Puan Roslina

Banglo Setingkat Puan Jun

“Kualiti kerja yang baik dan siap awal dari tempoh perjanjian” – Puan Jun

Banglo Setingkat Puan Nor

Gallery IMR Homes

Gambar gambar yang diambil di tapak projek kendalian IMR Homes dan juga bersama client

Berminat Nak Kami Bantu Bina Rumah Banglo Anda?

Kami Bina 10 buah Banglo sahaja setahun kerana kami amat komited untuk menjaga hasil kerja kami.

Jadi JANGAN BERLENGAH untuk Tempah Slot anda Sekarang!

Isi Borang Sekarang

Hubungi Kami 

Anda boleh bertanya apa saja soalan berkaitan bina rumah dan IMR Homes.
Kami sedia membantu anda 

Hubungi Kami di HOTLINE 018-2434811

Soalan yang Sering Ditanya

Rekabentuk dari asas hingga siap perincian mengambil masa anggaran 1 bulan ke 2 bulan bergantung komen pelanggan. ‘Submission’ ke OSC hingga dapat kelulusan PBT / Majlis anggaran 2 bulan hingga ke 4. Tempoh keseluruhan anggaran 3 bulan ke 6 bulan. Walaubagaimanapun ianya bergantung kepada PBT / Majlis

Kos bergantung kepada Rekabentuk, keluasan, jenis rumah dan syarat majlis tempatan. Anggaran Kos dari RM 27K untuk rumah setingkat.

Kos telah dijelaskan di dalam harga dan spesifikasi. Untuk lebih terperinci kos bergantung kepada Rekabentuk banglo setingkat atau 2 tingkat dan jenis bumbung serta kemasan, Jenis asas iaitu cerucuk atau ‘footing’, lokasi iaitu jauh dari jalan utama, spesifikasi tambahan oleh pelanggan dan harga pasaran semasa iaitu harga bahan binaan dan gaji pekerja.

Tempoh masa pembinaan banglo setingkat dan 2 tingkat adalah berbeza kerana proses dan aturan kerja adalah berbeza. Jangka masa pembinaan untuk kerja asas dan kerja kemasan yang mengambil masa agak panjang. Jangkaan tempoh pembinaan banglo setingkat adalah sekitar 6 ke 10 bulan bergantung kepada saiz rumah.

Ya, kami adalah Kontraktor Reka dan Bina Banglo. Kami bantu dengan kepakaran dan team kami dari idea, design hingga siap. Anda hanya perlu beri tahu kami keperluan rumah, saiz tanah, lawatan tapak dan bajet anda. Kami akan sediakan spesifikasi, sebutharga dan perjanjian. Seterusnya kami uruskan sampai siap.

Buat masa ini kami hanya beroperasi di Selangor dan Negeri Sembilan. Walaubagaimana pun hanya sebahagian Selangor dan Negeri Sembilan sahaja yang kami tumpu buat masa ini.